Teknik Terjemahan Istilah Sufi Di Dalam Kitab Terjemahan Hikam
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v5i1.143Keywords:
Kitab Hikam, Terjemahan Majāzī, Istilah SufiAbstract
Kajian ini adalah merupakan suatu usaha penelitian aktiviti terjemahan yang dilakukan daripada bahasa Arab sebagai bahasa sumber kepada bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran bagi kitab Hikam ‘Ibn ‘Aṭāillāh yang mengandungi penterjemahan istilah-istilah yang mempunyai makna Majāzī. Permasalahan sering dihadapi oleh penterjemah semasa melakukan penterjemahan apabila berhadapan dengan perkataan, ayat atau pun frasa-frasa yang mengandungi makna Majāzī bahasa sumber. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada teknik penterjemahan Majāzī terminologi sufi bahasa Arab sebagai bahasa sumber ke dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kitab Terjemahan al-Ḥikam Pendekatan Pengabdian pada Khaliq (TAHPPPK). Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan terjemahan istilah sufi yang mengandungi makna Majāzī dalam terminologi sufi di dalam kitab TAHPPPK di samping menghuraikan teknik atau pendekatan penterjemahan terhadap istilah sufi. Justeru, data kajian diambil daripada kitab TAHPPPK yang disepadankan dengan terjemahan yang terdapat di dalam kitab SHTPM dengan mengguna pakai teknik penterjemahan Mildred L. Larson dalam korpus kajian. . Kajian ini menunjukkan dapatan bahawa, istilah sufi yang terdapat dalam korpus kajian diteliti dan dinilai dengan menggunapakai teknik penterjemahan Mildred L. Larson dan hasil dapatan menunjukkan bahawa korpus kajian hanya mengguna pakai empat teknik sahaja daripada lima teknik penterjemahan Mildred L. Larson dengan teknik ‘menterjemah tanpa mengekalkan imej atau unsur-unsur bahasa Majāzī bahasa sumber’ menunjukkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi. Manakala daripada aspek ketepatan padanan terjemahan bagi terminologi sufi mendapati hanya terdapat dua sampel terjemahan korpus kajian sahaja yang tidak menepati padanan berdasarkan konteks ayat yang terdapat dalam kitab SHTPM daripada jumlah keseluruhan 111 sampel kajian.
References
Achmad Syukron, A. (2015). Konsep Qada’ dan Qadar dalam Kitab al-Ḥikam Karya ’Ibn ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī. Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Amdan, H. (2012). Syarah Hikam Tok Pulau Manis: Membongkar Rahsia Perjalan Sufi. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Humairoh. (2015). Ketepatan Terjemahan Kitab al-Ḥikam (Analisis Makna Kontekstual). Tesis Sarjana. Jakarta. Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.
Mazlan, A, Wan Rose Eliza A.R, Anis Shahirah A.S. (2020). Analisis Terjemahan Perkataan Budaya Berkaitan Makanan dan Minuman dalam Buku Bergambar Bijak Si Katak Bijak ke Bahasa Jepun. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 3. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Mhd. Faizal, Mohd Sukki dan Pabiyah. (2015). Keserasian Lafaz Gaya Bahasa Jinās Dalam Kitab al-Ḥikam al-‘Aṭāiyyah: Kajian Nilai Estetika. Jurnal Issues in Language Studies. Vol. 4 No.2.
Mohamad Syukri, A.R & Mohammad, S. (2021). Terjemahan al-’Isti‘ārah al-Tamthīliyyah Dalam Hadis Rasulullah S.A.W. International Research Journal of Shariah, Muamalat And Islam. Vol 3, Issue 8. Global Academic Excellence.
Mohd Fahimi, Z. (2021). Kaedah Terjemahan Kata Kerja dalam al-Quran : Analisis Surah al-Baqarah dalam tafsir Nur al-Iḥsān. Journal of Contemporary Islamic Studies. Centre for Fundamental Studies: Management and Science University.
Mohd Fahimi, Z, Muhammad Arsyad, A.M & Abdul Azim, M.I. (2022). Strategi Terjemahan Leksikal Kāna dalam al-Quran: Analisis Terjemahan Klasik dalam Tafsir Nur al-Iḥsān. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL). Vol 12, Issue 1. Universiti Malaysia Pahang.
Muhammad Arsyad, A.M, Abdul Azim, M.I, Muhammad Zaidi, Z & Ahmad Salahuddin al-Islami, M.S. (2022). Aplikasi Strategi Terjemahan Arab-Melayu dalam Ungkapan Idiomatik Anggota Badan. Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 19, No. 5. Faculty of Social Sciences and Humanities: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nasimah, Saifulah & Lubna. (2019). Ketidaktepatan dalam Terjemahan Kinayah al-Qur’an. Prosiding Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara (2019) (PAnTUMN 2019). KUIS: Pusat Pengajian Teras.Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Malaysia.
Roslan, A, Nur Afifah Atirah, S. & Mohamad Fairuz, A. (2022). Penterjemahan Perkataan Taksa dalam Lirik Lagu ‘Kalimāt’ oleh Majida el-Roumi Berdasarkan Prinsip Terjemahan Alexander Fraser Tytler. International Conference on Malay-Arabic and English Literature 2022. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Rosni, W. (2018). Pendekatan Tasawuf al-Taftāzanī dalam Sharh al-’Arba’īn al-Nawawiyyah: Analisis Perbandingan dengan Karya Syarah Hikam oleh Tok Pulau Manis dan Logika Agama oleh M. Quraish Shihab. Tesis PhD. Universiti Malaya.
Salmi Sakinah, A.S, Taj Rijal, M.R, Abdel Muniem, A.M. (2020). Analisis Makna Eksplisit Penterjemahan Peribahasa Arab-Melayu dalam Buku Kalīlah Wa Dimnah. Muallim Journal of Social Science and Humanities. Vol. 4, Issue 4.
Wan Abdul Hayyi, W.O & Idris. M. (2019). Pemerhatian Terhadap Terjemahan Teks Sejarah Islam ke dalam Bahasa Melayu. Journal of Nusantara Studies (JONUS). Vol. 4 (2). Universiti Sultan Zainal Abidin.
Zurita, M.Y, Najihah, A.W & Mohd Hafiy, A.M. (2019). Sumbangan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah dan Keturunannya dalam Pengajian Pondok di Terengganu dan Kelantan. Preceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





