Strategi Rujukan Dan Kesantunan Dalam Forum Wacana Sinar Harian
Reference Strategy And Politeness In Wacana Sinar Harian Forum
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v1i1.19Keywords:
Strategi Rujukan, Kekerapan, Kesantunan, Forum, Wacana Sinar HarianAbstract
The quality of speech and utterance is a speech that contains a clear reference. One of the key features of politeness is the utterance accompanied by reference and a valid argument. Therefore, this study examines the use of reference strategies among members of forum of a series Wacana Sinar Harian. The question of the study is the extent to which frequencies the member of forum use references during the forums. Three video forum were selected for analysis, namely (i) Peranan Ulama Menasihati Pemimpin (The Role of Cleric in Advising the Top Leader), (ii) Apa di Sebalik 1MDB (What is Behind 1MDB), and (iii) Politik: Perjuangan atau Populariti (Politics: Struggle or Popularity). These three forums were analyzed using the framework of the politeness concept of Noriati Ab Rashid (2005). According to Noriati, Category of References Strategy is a part politeness concept. This study broaden this concept to analyzed to “the more we use references strategy, the more we perform the politeness”. The concept is used as concept framework to analyzed the data. Generally, the study finds seven reference strategies, namely Islamic references strategies, historical references, general references, self-references, scholar references, book references and media references. The researcher concluded that forum members applied various references strategies, but the frequency of strategy was unbalanced. Besides that, this study found that members of forum are less to use Islamic, scholar and books reference strategies. There, this research is suggesting that they increase the number of three references as. This very important because the utterance with references is one of the main feature of politeness.
Salah satu ciri utama kesantunan bahasa ialah ujaran yang disertakan dengan sumber rujukan dan dalil yang sahih. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti penggunaan strategi rujukan dalam kalangan ahli forum Siri Wacana Sinar Harian. Persoalan kajian ialah sejauh mana kekerapan ahli forum menggunakan sumber rujukan ketika berforum. Tiga rakaman forum dipilih untuk dianalisis, iaitu (i) Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, (ii) Apa Di sebalik 1MDB, dan (iii) Politik: Perjuangan atau Populariti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kajian yang menganalisis transkripsi ucapan menggunakan kerangka konsep kesantunan bahasa, khususnya perincian kerangka teori oleh Noriati Ab Rashid (2005). Menurut Noriati, Kategori Sumber Rujukan adalah sebahagian daripada konsep kesantunan bahasa. Kajian ini meluaskan konsep tersebut untuk dijadikan kerangka konsep untuk menganalisis strategi rujukan dalam forum Wacana Sinar Harian. Konsep yang dikemukakan ialah “semakin tinggi kekerapan strategi rujukan, maka semakin tinggi nilai kesantunan bahasa”. Hal ini kerana sumber-sumber rujukan akan menghasilkan ucapan yang mempunyai nilai kebenaran yang tinggi. Secara umumnya, kajian ini mendapati tujuh strategi rujukan dalam tiga rakaman tersebut, iaitu strategi rujukan Islam, rujukan sejarah, rujukan umum, rujukan diri, rujukan ilmuwan, rujukan buku dan rujukan media. Pengkaji menyimpulkan bahawa ahli forum mengaplikasikan pelbagai strategi rujukan, namun demikian kekerapan mengikut strategi adalah tidak seimbang. Selain itu, kajian mendapati ahli forum kurang menggunakan strategi rujukan Islam, rujukan ilmuwan dan buku. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar setiap ahli forum memperbanyak lagi strategi rujukan dalam perbahasan mereka, khususnya strategi rujukan Islam, ilmuwan dan buku. Hal ini penting kerana ujaran yang menggunakan rujukan merupakan satu ciri kesantunan bahasa.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2019 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





