Kajian Fonetik Varian Kuah: Dialek Melayu Langkawi
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.49Keywords:
fonologi, struktur, varian Kuah (VKH), fonem, penyebaranAbstract
Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Langkawi (DML) yang terdapat di Langkawi, iaitu Varian Kuah (VKH). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaannya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DML terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DML. Justeru, kajian dalam makalah ini akan menyentuh Varian Kuah yang dikenal pasti salah satu varian yang terdapat dalam DML. Kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VKH dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VKH mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, E, , «, a/ dan memiliki 3 diftong, iaitu /-oj, -aw, -aj/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada lapan konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, q, //, dua konsonan letusan /tS, dZ/, tiga konsonan geseran /s, Ä, h/, empat konsonan nasal /m, n, ø, N/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/ yang digunakan dalam ucapan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melayu Langkawi melalui bahasa.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





