Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai Perak

Authors

  • Mohd Khaidir Abdul Wahab Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Nor Taufiq Nor Hashim Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.50

Keywords:

Dialek Banjar, kata nama, sejarah, masyarakat Banjar, Bahasa Melayu

Abstract

Kajian ini berfokus kepada aspek leksikal dalam dialek Banjar yang terdiri daripada golongan kata nama sahaja. Kata nama yang telah dikenal pasti daripada bahasa Banjar akan dibandingkan atau disesuaikan dengan perkataan bahasa Melayu standard. Selain itu, aspek sejarah kedatangan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu amnya dan Mukim Bagan Serai  khususnya turut dibincangkan. Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk melengkapkan kaedah pemerhatian yang telah dijalankan. Seramai 10 orang informan telah terlibat dalam temu bual ini, iaitu dua orang informan mewakili setiap kampung yang telah dipilih dalam mukim Bagan Serai, iaitu Kampung Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan dan Parit Haji Taib. Dapatan kajian ini memberi ruang kepada generasi muda untuk mengetahui aspek kata nama dialek Banjar yang merujuk kepada jantina, arah, peralatan dapur, anggota badan, kuih-muih, buah-buahan, jenis-jenis ikan, makanan, kiraan hari, dan kata ganti diri. Dapatan ini adalah penting kerana aspek leksikal kata nama yang diketengahkan ini merupakan leksikal yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Banjar semasa berkomunikasi.

 

Author Biographies

Mohd Khaidir Abdul Wahab, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Mohd Khaidir Abdul Wahab (PhD), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, mohdkhaidir@usm.my

Mohd Nor Taufiq Nor Hashim, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Mohamad Nor Taufiq bin Nor Hashim, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, taufiq.norhashim@gmail.com

Published

2020-11-29

How to Cite

Abdul Wahab, M. K., & Nor Hashim, M. N. T. (2020). Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai Perak. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(2), 67-78. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.50