Keberkesanan Modul Pengajaran Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha (Pelajaran-Pelajaran Bahasa Arab Untuk Bukan Penutur Arab) Terhadap Pelajar Pemula Bahasa Arab Kolej UNITI Kota Bharu
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.51Keywords:
Bahasa Arab Madinah, modul pembelajaran, sikap, Bahasa ArabAbstract
Penggunaan modul bahasa Arab yang betul amat penting dalam pencapaian keseluruhan pelajar dan pembelajaran bahasa Arab itu sendiri. Penggunaan modul yang betul boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap pelajar seperti menambah minat dan pemahaman mereka. Kajian ini dilaksanakan terhadap 60 orang pelajar Kolej UNITI Kota Bharu yang merupakan pelajar diploma yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini bertujuan mengenal pasti minat pelajar terhadap bahasa Arab, menguji keberkesanan Modul Pengajaran Durus Al Lughah Al-'Arabiyyah Li Ghayri Al-Natiqina Biha, dan bagi mengetahui sama ada sikap pelajar terhadap frasa sandaran dan adjektif mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Data kuantitatif dikumpulkan menerusi set soal selidik berkaitan minat pelajar terhadap bahasa Arab dan sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa Adjektif (Naat) Dapatan kajian mendapati bahawa peratusan minat pelajar terhadap bahasa Arab adalah pada tahap tinggi, iaitu melebihi 50% pada setiap soalan. Selain itu, dapatan bagi Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca antara kumpulan eksperimen yang menggunakan modul PDLA dengan kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan tradisional, iaitu pada nilai t=-2.786, p < .05. Analisis regresi pula dijalankan bagi mengenal pasti kesan sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa Adjektif (Naat) dengan pencapaian pelajar. Hasil keputusan membuktikan pencapaian bahasa Arab dipengaruhi oleh sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa Adjektif (Naat) dengan nilai r 0.618. Justeru itu, faktor sikap pelajar terhadap Frasa Sandaran (Idhafah) dan Frasa Adjektif(Naat) memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa Arab dan mampu memberikan kesan positif terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





