Faktor Kesukaran Pelajar Melayu dalam Mengenalpasti Bunyi Huruf-huruf Arab
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.54Keywords:
diskriminasi, sebutan huruf, bunyi huruf arabAbstract
Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur sangat penting dalam pemerolehan bahasa khususnya bahasa ketiga. Kemahiran mendengar yang bagus akan membolehkan pelajar bertutur dengan baik. Kajian lepas telah membuktikan pelajar melayu lemah dalam mengenalpasti bunyi huruf Arab. Justeru, objektif kajian ini adalah merumus faktor kesukaran pelajar melayu untuk mengenalpasti bunyi huruf Arab. Hasil kajian ini memberi maklumat kepada guru bahasa Arab untuk memanfaatkan dan mencari penyelesaian supaya pelajar mampu membezakan bunyi huruf arab. Kajian ini berbentuk kajian lapangan. Data kajian dikumpul melalui temu bual telefon. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti. Sampel kajian adalah pelajar melayu yang telah lengkap satu semester mempelajari Bahasa Arab ditahap satu. Sampel seramai lima pelajar ini tidak mempunyai pendidikan bahasa arab atau fonetik sebelum ini. Hasil analisis temu bual mendapati bahawa terdapat lima faktor yang menyumbang kepada kesukaran pelajar melayu mengenalpasti bunyi huruf arab. Faktor pertama adalah pengaruh bahasa pertama keatas bahasa kedua. Faktor kedua, pertembungan antara dua dialek dalam satu bahasa. Seterusnya, faktor psikologi. Kemudian, gangguan bunyi huruf yang hampir sama dalam dua bahasa. Akhir sekali faktor ekstralinguistik juga memberi kesan kepada kelemahan pelajar.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





