Analisis Kesilapan Penulisan Ayat Mudah Bahasa Perancis Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Perancis Sebagai Bahasa Asing

Authors

  • Shobehah Abdul Karim Miss
  • Vijayaletchumy Subramaniam
  • Hazlina Abdul Halim
  • Zuraini Jusoh

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.57

Keywords:

bahasa Perancis, bahasa asing, kesalahan, penulisan, karangan

Abstract

Kajian pembelajaran bahasa Perancis (BP) sebagai bahasa asing (BA) ini menfokuskan kepada kemahiran penulisan BP. Pembelajaran BA memerlukan pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran penulisan. Penguasaan tatabahasa asas BP dengan baik dapat membantu dalam kemahiran penulisan bahasa sasaran dengan baik. Kajian ini terbatas kepada kemahiran penulisan ayat mudah BP dalam kalangan pelajar dengan menganalisis kesalahan dalam hasil penulisan mereka. Manakala 50 orang pelajar BP 1 (WFD10101) dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Lokasi kajian adalah UniKL MFI. Kajian analisis dokumen ini menggunakan karangan dari skrip jawapan bahagian A, soalan 11 Ujian akhir BP 1. Hasil penulisan pelajar dianalisis melalui Taksonomi Kesilapan Dulay, Burt dan Krashen (1982) untuk mengenal pasti kesalahan dan kesilapan pelajar dalam pembinaan ayat mudah BP. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih cenderung melakukan kesalahan penggunaan kata preposisi, diikuti oleh kata kerja, kata nama dan kata adjektif. Kesalahan ini berlaku kerana pelajar kurang pengetahuan tatabahasa asas BP. Tambahan pula status BP sebagai BA di Malaysia, terdapat perbezaan dari segi tatabahasa, struktur ayat BP dan Bahasa Malaysia. Maka, faktor inilah punca responden melakukan kesalahan dalam penulisan dan seterusnya melakukan kesilapan penambahan, pengurangan dan pemilihan dalam ayat BP.

 

 

Published

2021-05-31

How to Cite

Abdul Karim, S., Subramaniam, V., Abdul Halim, H., & Jusoh, Z. (2021). Analisis Kesilapan Penulisan Ayat Mudah Bahasa Perancis Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Perancis Sebagai Bahasa Asing. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(1), 56-73. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.57