Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian

Authors

  • Ahmad Zaki Amiruddin Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
  • Zulazhan Ab. Halim
  • Nurkhamimi Zainuddin

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.59

Keywords:

e-pembelajaran, kajian reka bentuk dan pembangunan, DDR, bahasa Arab dalam talian, bahasa Asing/ketiga dalam talian

Abstract

Pendidikan 4.0 (Edu 4.0) memperkenalkan agenda Malaysia Higher Education 4.0 (MyHE 4.0) di peringkat pengajian tinggi, berkaitan proses pembangunan kurikulum dalam talian dan cara penyampaian yang lebih kreatif. Selari dengan MyHE 4.0, kajian ini diketengahkan bertujuan mencadangkan satu model untuk proses reka bentuk dan pembangunan khusus untuk pembelajaran bahasa Arab dalam talian berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang terkini dari tahun 2016 sehingga 2020. Kajian ini menggunakan proses menganalisis sorotan literatur secara kajian perpustakaan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan daripada kajian-kajian berkenaan. Hasil dapatan kajian membentangkan satu kerangka kajian cadangan yang terdiri daripada beberapa teori pembelajaran, model-model reka bentuk berserta prosedur-prosedur sistematik untuk reka bentuk dan pembangunan pembelajaran bahasa Arab dalam talian. Kerangka kajian cadangan ini diharapkan dapat menjadi salah satu rujukan kepada para penyelidik khusus bagi pembelajaran bahasa Arab dalam talian, dan juga untuk bahasa-bahasa asing/ketiga lain.

Published

2021-05-31

How to Cite

Amiruddin, A. Z., Ab. Halim, Z., & Zainuddin, N. (2021). Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(1), 18-30. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.59