Analisis Kesalahan Morfologi Penulisan Akademik Bahasa Arab Terhadap Pelajar Bukan Penutur Jati : Kajian Korpus
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.66Keywords:
Morfologi, Penulisan Bahasa Arab, KorpusAbstract
Bahasa Arab tidak asing lagi di negara Malaysia, ia adalah salah satu bahasa yang dipelajari oleh pelajar di peringkat sekolah mahupun diperingkat pengajian tinggi. Namun begitu, sejauh manakah pelajar dapat mengaplikasikan bahasa Arab dalam penulisan apabila telah masuk ke alam university. Maka dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji satu sudut Morfologi daripada hasil penulisan karangan bahasa Arab pelajar semester 2 di KUIS. Sebanyak 66 teks yang ditulis dalam perenggan pendek. Morfologi adalah kajian, pengenalpastian, analisis dan penerangan tentang unit makna yang membentuk satu perkataan. Kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata dengan mengenalpasti susunan perkataan secara berstruktur dan bagaimana perkataan tersebut bercantum sehingga mewujudkan struktur kata yang membawa maksud tertentu. Jenis kesalahan di dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu kesalahan membina kalimah yang sesuai, kesalahan penggunaan kata kerja, dan kesalahan lain yang berkaitan morfologi.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2021 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





