Pengaruh Komponen Bahasa Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Arab (Gpi) Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat)

Authors

  • MOHD OTHMAN Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i1.94

Keywords:

Pengaruh, Komponen Bahasa , KBAT, Bahasa Arab

Abstract

Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  faktor-faktor komponen bahasa yang mempengaruhi pelaksanaan PdP  mengintegrasikan KBAT menerusi mata pelajaran bahasa arab di sekolah rendah. Cetusan kajian ini adalah bersandarkan dapatan kajian lain yang menunjukkan pelaksanaan pengajaran di kalangan guru Bahasa Arab bersifat tradisional dan tidak berorentasikan aktiviti berteraskan KBAT. Untuk itu,  kajian  ini  mengadaptasikan elemen komponen pengajaran sebagai pemboleh ubah kajian bersandarkan kerangka teoritikal yang digunakan.  Kajian ini juga mengubahsuai instrumen yang dihasilkan oleh Lorin Anderson  iaitu  ‘Learning  and  Study  Strategies High Order Thinking, Instrumen penilaian amalan pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab oleh (Mohd Aderi, 2010) dan Instrumen pemantauan pembelajaran Jemaah Nazir (JNJK, 2011) bagi  mengukur pelaksanaan pengajaran guru dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha (α) 0.902. Sampel yang terlibat adalah guru-guru Bahasa Arab yang diambil  secara  rawak  berstrata dan berkelompok dari sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar negeri Perak. Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim, kolerasi Pearson dan regrasi berganda. Hasil  kajian  mendapati enam daripada sebelas  pemboleh ubah  komponen bahasa mempengaruhi pelaksanaan PdP Bahasa Arab yang mengintegraskan KBAT dengan pendekatan kemahiran membaca merupakan nilaian yang paling tinggi iaitu  (27.9 %), diikuti kemahiran berkomunikasi  (12.0%),  kemahiran mendengar  (4.6%),  kemahiran menganalisis (2.3%) dan kemahiran menterjemah (1.4%). Oleh itu, terdapat enam komponen ini yang mempengaruhi pengajaran yang telah diintegrasikan KBAT. Rumusannya, kajian  ini memperlihatkan terdapat aliran pengaruh dari komponen bahasa dengan pelaksanaan KBAT dalam Bahasa Arab di sekolah dengan dapatan yang menunjukkan 48.2% dalam perubahan varian. Maka berdasarkan dapatan yang diperolehi terdapat keperluan dikalangan uru Bahasa Arab untuk mempertingkatkan pelaksanaan komponen-komponen ini agar tahap amalan pengajaran guru berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menepati seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Downloads

Published

2022-05-31

How to Cite

OTHMAN, M. (2022). Pengaruh Komponen Bahasa Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Arab (Gpi) Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) . E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 4(1), 1-15. https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i1.94