Hubung Kait Antara Kesalahan Ejaan Murid Dengan Ragam Bahasa Dalam Ujaran Guru
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i1.99Keywords:
kesalahan ejaan, murid, ragam bahasa, ujaran, guruAbstract
Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan hubung kait antara kesalahan ejaan murid dengan ragam bahasa dalam ujaran guru. Tumpuan difokuskan terhadap kesalahan vokal /i/ dan /u/ di akhir kata yang dilakukan murid dan kaitannya dengan ragam bahasa yang digunakan dalam ujaran lisan guru. Tiga orang guru Bahasa Melayu dan 114 orang murid tahun 1 dari Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden. Data diperoleh secara kualitatif, iaitu dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian, dengan bantuan borang soal selidik, borang maklum balas dan alat perakam suara. Hasil kajian menunjukkan murid-murid tahun 1 menghasilkan variasi ejaan yang betul dan salah seperti ‘arif’, ‘aref’, ‘kamarul’, ‘kamarol’, ‘pergi’, ‘pegi’, ‘tidur’, ‘tidor’ dan sebagainya. Keadaan ini berlaku disebabkan ragam bahasa yang digunakan guru ketika menyampaikan proses pengajaran, iaitu ragam bahasa formal seperti [a.rif], [ka.mã.rul], [pər.ɡi] dan [ti.dur], dan ragam bahasa tidak formal misalnya [a.ref], [ka.mã.rol], [pə.ɡi] dan [ti.dor] yang menyebabkan murid-murid yang mendengar akan menulis kembali ujaran lisan yang dituturkan oleh guru. Dapatan kajian juga menunjukkan pemilihan penggunaan bahasa yang alamiah dan gangguan bahasa merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya percampuran ragam bahasa formal dan tidak formal dalam ujaran lisan guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan mengaplikasi dan membezakan sebutan yang betul dalam konteks situasi formal untuk mengelak kekeliruan dan kesalahan ejaan kosa kata dalam bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan murid tahun 1.
References
Abdul Rasid Jamian et al. (2013). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM, Vol. 3, Bil.1, 42-51.
Ahmad Omar. (2006). Sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan penutur: Satu kajian kes. Disertasi Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Omar (1995). Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (1999). Bahasa standard, dialek dan dialek-antara: Beberapa persoalan teoretis. Journal of Modern Languages, Vol. 12, No. 1, 1-18.
Asmah Omar (2006). Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar (2010). Kajian dan perkembangan bahasa Melayu. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan & Abdul Rasid Jamian (2021). Naratif abadi dalam pengajian dan pendidikan Bahasa. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature. Jil.12 (1), Feature Article. 1-12.
Darwis Harahap (1989). Peristiwa bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 74-84.
Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: Peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction, Vol. 15, No. 2, 257-287.
Husna Faredza Mohamed Redzwan, Anida Sarudin & Khairul Azam Bahari (2018). Upaya berbahasa Melayu tinggi dan berbudaya (BMTB) dari sudut morfo-fonetik dan sosiolinguistik dalam kalangan guru pelatih. Journal of Humanities, Language,
Culture and Business (HLCB), Vol. 2, No. 8, 153-161.
Hyman, L. M. (1975). Phonology: Theory and analysis. United State of America: University of Southern California.
Idris Aman & Shahidi Abd. Hamid (2001). Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: Kajian sosiofonologi di sekolah. Jurnal Bahasa, Jil 1, Bil. 4, 466-482.
Indhumathy Munusamy (2013). Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar peralihan di tiga buah sekolah di daerah Skudai. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mashetoh Abd. Mutalib (2014) Budaya berbahasa lisan dalam kata penegas daripada perspektif sosial. Jurnal Linguistik Vol. 18(2), 47-55.
Pedoman Umum sebutan baku bahasa Melayu (1988). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rendy Aditya. (2017). Kesalahan berbahasa dalam karangan deskripsi berbahasa Mandarin mahasiswa Prodi Pendidikan Bahasa Mandarin. Jurnal Ilmiah Bahasa Sastra dan Pembelajarannya (Paramasastra), Vol. 4, Bil. 1, 128-145.
Rozana Jaafar (2020). Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) Vol. 10, Bil. 1, 64-76.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.





